
TAJUK 7: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
APA ITU PENGURUSAN PENASIHATAN MURID?
Pengurusan pensihatan murid terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Pengurusan penasihatan murid merupakan satu objektif yang perlu dimiliki oleh setiap sekolah bagi melahirkan murid yang sentiasa terpelihara dari segi tingkah laku mereka. Dengan ini kecemerlangan murid dapat dijamin dari segi tingkah laku dan akademiknya. Menurut Arbuckle (1965), kaunseling ialah proses membantu klien melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang tidak dimilikinya, apa yang dia boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang dia tidak boleh capai langsung.
​
Penasihatan kepada pelajar sangat penting disekolah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang lebih berdisiplin sama ada dari segi tingkahlaku dan akademiknya. Bukan itu sahaja malah penasihatan juga dapat mengawal daripada berlakunya masalah disiplin yang tinggi terjadi. Sebagai contoh, masalah buli, mencuri, ponteng sekolah dan sebagainya yang kerap berlaku disekolah.
KONSEP PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bimbingan merupakan suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya(Suraidi, 1996). Manakala menurut Amla et al(2006) berkata bimbingan merupakan cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri. Berikut merupakan ciri-ciri bimbingan program disusun dan dikembangkan berdasarakan keperluan yang nyata daripada murid yang berkaitan. Selain itu, kegiatan bimbingan disusun mengikut skala proititas yang juga ditentukan berdasarkan keperluan pelajar dan kemampuan guru. Malahan, program yang ini memerlukan tujuan yang ideal, tetapi realistik dalam pelaksanaanya. Manakala kaunseling pula suatu strategi yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang penuh memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibah kesedaran dan saling memahami. Antara ciri-ciri kaunseling ialah berfokuskan kepada masalah dan bebentuk arahan dan suruhan.
PENASIHATAN
Gibsons dan Mitchell (1999) menyatakan nasihatan sering digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Berikut merupakan cir-ciri dimana memfokuskan kepada masalah yang diajukan menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Selain itu, memberi nasihat meruapakan strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh murid tersebut. Akhir sekali, ianya berbentuk arahan atau suruhan daripada seseorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti adalah lebih banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
MENTORING
Mentoring merupakan satu entiti yang berhubungkait dengan sub-sistem yang lain. Ia telah lama menjadi perhatian utama oleh ahli-ahli akademik dan industri sebagai satu program untuk pembangunan professional dan peribadi individu (Rekha & Ganesh, 2012). Ia ternyata lebihn popular di kalangan guru baru. Melalui program bimbingan berstruktur berasaskan sekolah, program ini dibangunkan untuk profesionalisme Guru Baharu yang pertama kali menceburi diri dalam profesion keguruan di sekolah. Antara ciri-ciri mentoring ialah proses pembelajaran yang aktif buat mentee dan mentor serta yang dipentingkan adalah perkembangan personal dan professional yang berterusan. Tambahan pula, untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif. Selain itu, bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mentee serta bertimbangrasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan. Akhir sekali, menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.
KESIMPULAN
RUJUKAN
Bimbingan, penasihatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan seharian. Langkah penasihatan hendaklah berbeza mengikut setiap masalah individu yang berlainan sama ada mempunyai masalah konflik dan matlamat tersediri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka.
TAJUK 1:
TAJUK 2 :
TAJUK 3 :
TAJUK 4 :
TAJUK 5 :
STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH, MAKMAL, STUDIO DAN LAIN-LAIN)
TAJUK 6 :
PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISPLIN
TAJUK 7 :
PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
TAJUK 8 :
TAJUK 9 :
PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
TAJUK 10 :
TAJUK 11:
TAJUK 12
​
​
​
1. Ibrahim Ahmad, 2002, Perkhidmata Bimbingan Dan Kaunseling Disekolah Rendah, Percetakan Cergas Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
​
2. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et.al, Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, Cerdik Publications Sdn Bhd.
